StarSoft Systems Sdn Bhd
No 26, Jalan Anggerik Vanilla 31/98M, Kota Kemuning
40460 Shah Alam, Selangor
Malaysia
admin@intelsys-solutions.com
Diasaskan oleh Dr Pasupathi pada tahun 2010, IntelSys dibina khas untuk membantu para GP untuk menguruskan bukan sahaja pesakit dan data klinikal, tetapi juga pengurusan klinik secara keseluruhan dan berkesan. Bersama dengan doktor-doktor yang masih menguruskan rangkaian klinik sendiri, kami masih terlibat secara aktif dalam pembangunan secara berterusan IntelSys. Walaupun IntelSys boleh dikatakan mantap kerana mampu menangani segala urusan klinik, pembaharuan secara berterusan amat penting untuk terus memantapkan pengurusan klinik-klinik.

Dengan integrasi beberapa sistem yang secara individunya boleh mencecah ribuan ringgit, IntelSys menggantikan kesemua sistem-sistem penting tersebut dengan satu sistem yang boleh digunakan oleh bukan sahaja doktor malah mana-mana staf sahaja. Dengan kerjasama antara profesional ICT tersendiri dan beberapa profesional ICT luaran, kami sedang menuju ke arah perkhidmatan kesihatan dan pengurusan klinik yang lebih baik khusus untuk GP di Malaysia. Intelsys merupakan sistem pertama di Malaysia yang menggunakan HL7 & DICOM, lebih sekadar ini, ia juga adalah sistem pertama yang membolehkan segala pengurusan klinik dibuat tanpa bergantung kepada mana-mana sistem luaran.

Pengasas IntelSys masih menguruskan klinik-klinik tersendiri dengan IntelSys. Hakikat ini menjanjikan jaminan kepada semua pengguna IntelSys kerana bersama-sama, kualiti, keberkesanan dan efisiensi boleh dimantapkan untuk manfaat semua